Khamis, 19 November 2009

Latarbelakang Trio Camp Adventure
Trio Camp Adventure di asaskan pada awal tahun 2009 oleh tiga orang guru muda yang ingin bergelar usahawan. Ia telah didaftarkan di bawah ROC dengan Nama Trio Camp Adventura Consultant ( SA 0123198-A ) pada 11 Mei 2009 berlamat di No.7 Jalan Delik Air 13/KS 3 Delik Kiri 41250 Klang.

Bidang niaga yang ada di bawahnya adalah menjalankan konsultasi kepada mana-mana sekolah atau agensi yang ingin membuat aktiviti perkhemahan atau kem motivasi . Ia meliputi cadangan aktiviti yang ingin dijalankan, tempat-tempat yang sesuai dan makanan sepanjang aktiviti atau kem yang dijalankan. Tiga orang Pengasas ialah
1. Ruzlan bin Mohammad ( Managing Director )
2. Zurani bin Asfar ( Event & Activity Manager )
3. Saidi bin Daud ( Event & Instructor Manager )

Trio Camp Adventure juga berupaya menjalankan semua aktivti-aktiviti luar seperti flying fox, repailling, aktiviti air, trackkiing dan lain-lain aktiviti luar berdasarkan permintaan pelanggan. Bagi aktiviti-aktiviti kem motivasi biasanya Trio Camp Adventure berupaya menjalankan aktiviti seperti permainan dalaman, permainan dinamika dan team building yang sesuai.

Ketiga-tiga pengasas ini mempunyai sijil-sijil yang berkaitan dengan pendidikan luar dan pengalaman yang luas untuk menjalankan semua aktiviti lasak dan berisiko tinggi ini. Antaranya

1. Sijil Meyelamat Kelemasan Pingat Gangsa dan Instructor yang dikeluarkan oleh
Persatuan Menyelamat Kelemasan Malaysia.
2. Sijil Kayak Star Two yang dikeluarkan oleh Persatuan kayak Malaysia
3. Sijil Pendidikan Luar yang dikeluarkan oleh Pusat Kokurikulum Negeri
4. Sijil Orienteering yang dikeluarkan oleh Persatuan Orienteering Malaysia
5. Sijil pertolongan cemas yang dikeluarkan oleh Persatuan Menyelamat Kelemasan
Malaysia

Pengalaman sedia ada
1. Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri
2. Jurulatih KRS peringkat Daerah dan Negeri
3. Jurulatih Sambilan Renang
4. Pengurus aktiviti perkhemahan
5. Jurulatih Pendidikan Luar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan