Khamis, 24 Disember 2009

TIP: KENAL PASTI KEPALA AIR ( arus deras )

Kadang-kadang kita terbaca berita di media tentang kemalangan di sungai yang meragut banyak nyawa akibat dihanyutkan arus deras atau kepala air. Apabila berlaku kepala air memanglah menggerunkan, walaupun seseorang itu mahir berenang belum tentu akan selamat. Di sini saya akan cuba kongsikan pengalaman saya mengenalpasti bila akan berlaku kepala air.
1. Cuaca mendung dan menunjukkan hari akan hujan, tapi hujan hanya renyai sahaja.
walaupun renyai, tetapi di hulu sungai atau di atas bukit mungkin hujan lebat.
2. Air yang jernih bertukar keruh dan air agak deras
3. Bila keadaan ini berlaku, lihat gigi sungai dan banyak kelihatan buih-buih putih
ranting-rating kayu berkumpul.
Bila tiga keadaan ini berlaku segeralah bawa anak isteri, saudara mara, teman-teman dan sesiapa sahaja naik ke tebing kerana kepala akan berlaku dalam masa terdekat.
Oleh itu di harap ilmu yang sedikit ini dapat kita kongsi bersama dan selamat bermandi-mandi di sungai kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan